dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Wellbeing Webinar NADI Care_ Bila Test Kit Dua Garis – Kehamilan Remaja Dari Sudut Pakar O&G | W112

3 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Januari 2026, telah berlangsung Wellbeing Webinar NADI Care_ Bila Test Kit Dua Garis – Kehamilan Remaja Dari Sudut Pakar O&G | W112. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Podcast ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang Webinar ini berlangsung, Dr Nurul Nazihah binti Asmuni Pensyarah Perubatan & Pakar Sakit Puan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM menerangkan mengenai lebih 41,000 kehamilan dibawah umur 19 rahun dan lebih 17,000 remaja yang tidak berkahwin. Selain itu, Dr Nurul Nazihah menerangkan kenapa dan bagaimana ini terjadi iaitu Pendidikan seksual yang lemah, Kekurangan sokongan ibu bapa, Ketakutan terhadap kaedah pencegahan kehamilan, Kekurangan pengawasan ibu bapa, Kepercayaan budaya dan Tekanan rakan sebaya dan pengaruh media sosial. Seterusnya, Dr Nurul Nazihah menerangkan mengenai emotional dan kesihatan mental iaitu Persekitaran / stigma sosial, Pengasingan diri, Perasaan semasa kehamilan dan Ketidaksediaan menghadapi perubahan tubuh badan. Akhir sekali, Dr Nurul Nazihah menerangkan sokongan yang diperlukan ketika kehamilan iaitu daripada keluarga, Pemberi perkhidmatan Kesihatan, sekolah dan komuniti.

Dengan adanya Webinar seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Bila Test Kit Dua Garis – Kehamilan Remaja Dari Sudut Pakar O&G. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.